Experiment

Tajuk: PEREDARAAN PLANET-PLANET MENGELILINGI MATAHARI Apa yang perlu dilakukan: 1. Seorang murid menwakili matahari dan 9 yang lain mewakili planet. 2. Murid pertama yang memegang kad utarid akan memperkenalkan diri sebagai planet Utarid, planet pertama dan planet terdekat dengan meatahari. Seterusnya akan membuat pergerakan mengelilingi murid memegang kad matahari. Aktiviti ini diteruskan dengan murid kedua dan seterusnya. 3. Seorang pemerhati akan mencatat masa setiap murid melengkapkan satu pusingan. PEMERHATIAN: 1. Murid yang paling dekat dengan matahari akan mengambil masa yang paling cepat mengelilingi murid matahari. KESIMPULAN: 1. Semakin dekat planet dengan matahari semakin cepat masa diambil mengelilingi matahari 2. Semakin jauh planet dengan matahari semakin lama masa diambil mengelilingi matahari 3. Semakin dekat planet dari matahari semakin kecil orbit 4. Semakin jauh planet dari matahari semakin besar orbit.
Menjalankan aktiviti Sains di JUSCO Johor Bahru sempana Bulan Sains

4 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih Cikgu Tan, saya akan terus berusaha untuk memperbaiki blog ini

      Delete
  2. Tahniah Julay, usaha terbaik dari guru akan menghasilkan murid-murid cemerlang dan terbaik, InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Zeera, insyaAllah muridku dapat lebih ilmu dari pembangunan blog ini.

    ReplyDelete